Dah nak dekat puasa Ramadhan ni mesti pengambilan nutrisi boleh berkurang jika dibandingkan dengan selalunya. Ini kerana kita tidak dapat makan dan minum selama 14 hingga 16 jam sehari. Dengan itu, kita harus melakukan aktiviti di luar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari, debu dan pencemaran keadaan sekitar akan memburukkan kulit kita. Jangan risau, anda boleh ikut 9 tips ini.
1. Banyakkan minum air masak waktu sahur dan berbuka
Air masak mengandungi sejuta khasiat pada tubuh badan kita. Selain dari mencegah dehidrasi, air masak juga berguna untuk menjaga kelembapan dan kesihatan kulit.
Hanya perlu minum minima 8 gelas sehari, lagi banyak lagi bagus. Dengan meminum air masak, dapat mencegah sel kulit dari mati kerana kekurangan air dalam badan.
2. Pakai body lotion atau body butter selepas mandi
Body lotion sangat penting bagi mengembalikan kelembapan kulit. Setiap pekerjaan yang kita lakukan mesti akan membuatkan kulit kita kering, sama ada indoor atau outdoor.
Kalau banyak melakukan aktiviti luar, lebih sesuai dipakaikan body butter kerana nutrisinya lebih banyak untuk kelembapan kulit.
3. Guna sunblock dan vitamin E untuk lindungi muka dari cahaya matahari
Gunakan vitamin wajah seperti vitamin E ataupun serum wajah yang mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk menjaga keadaan kulit, tambahan waktu puasa ni.
Selain itu, gunakan sunblock untuk menjaga kulit muka dari UV sinaran matahari yang boleh membakar kulit. Anda juga boleh gunakan masker untuk wajah lebih berseri.
4. Jaga kelembapan bibir dengan lip balm
Waktu kita berpuasa ni mesti bibir selalu kering kerana kekurangan air dalam badan. Dengan itu, pakailah lip balm yang tidak berperisa dan berbau.
5. Jaga kecergasan tubuh badan
Pada waktu petang adalah sangat sesuai untuk beriadah sebelum berbuka. Ini kerana peluh yang keluar akan cepat terganti pada waktu berbuka.
Pilih aktiviti seperti jogging, senamrobik dan yoga. Jangan terlebih bersemangat, takut nanti memang tak larat apa semua.
6. Pilih makanan bernutrisi waktu berbuka
Waktu berbuka, pilihlah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi. Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat bagus pada badan kita.
7. Bersihkan badan
Setelah seharian beriadah, bersihkan badan dari kotoran. Gunakan air yang tidak terlalu panas.
Untuk memastikan kulit sihat dan cerah sentiasa, gunalah body scrub seminggu sekali.
8. Rawat kulit sebelum tidur
Pastikan sebelum tidur, anda mencuci muka, gunakan body lotion atau body butter, serum wajah atau night cream. Kerana tidur merupakan waktu yang tepat untuk kulit kita yang dalam proses pemulihan.
9. Rehat yang cukup
Rehat yang cukup sangat penting. Ia dapat memulihkan kulit kita. Jika kita mempunyai rehat yang cukup, nak solat tarawikh pon senang tanpa rasa mengantuk. Nak bangun sahur pun senang.
Oleh itu, selamat berpuasa. 😊