Lokasi Pulau Socotra |
Terdapat beberapa haiwan dan tumbuhan yang sangat menarik hidup di Pulau Socotra. Penduduk yang tinggal di pulau itu mempunya budaya dan bahasa yang berbeza. Salah satu spesies tumbuhan yang luar biasa adalah pokok darah naga atau dracaena cinnabari. Penampilan pokok ini juga sangat unik untuk dilihat.
Pokok darah naga juga dikenali sebagai pokok darah naga
dan pokok naga Socotra. Ia adalah tumbuhan malar hijau yang berasal dari kepulauan Socotra. Mahkota pokok ini nampak seperti payung yang bahagian dalam ditolak ke luar. Daunnya yang panjang dan kelihatan tajam dihujung dilahirkan dalam tandan di hujung ranting.
Sesetengah pokok mempunyai mahkota yang lebih bulat berbanding yang lain dan bentuk pokok ini kelihatan seperti cendawan gergasi. Ranting pokok ini tumbuh dengan naik ke atas, dengan itu ianya nampak seperti kanopi.
Terdapat juga pokok yang dikenali sebagai ros gurun (adenuim obesium). Batang pokok ini tidak seperti pokok kebiasaan yang lain dan warna bunganya merah jambu.
Pokok dorstenia gigas dilihat seperti tidak memerlukan tanah untuk hidup. Ia boleh hidup dibatu dengan menanam akarnya ke dalam batu.
Pokok ini nampak seperti berpenyakit.
Pokok timun (dendrosicyos socotranum) ini memang paling jarang dilihat tapi namanya tidak menunjukkan seperti pokok timun.
Terdapat banyak lagi tumbuhan yang pelik dan jarang dilihat di muka bumi ini untuk kita terokai.