Tuesday, 16 May 2017

8 Istana Yang Perlu Anda Lihat Di Scotland

Di Scotland terdapat banyak istana iaitu lebih daripada 2000. Istana-istana ini dibina pada era zaman pertengahan sebagai kubu pertahanan penduduk-penduduk di situ. Di istana juga merupakan tempat pertabalan raja dan ratu. Terdapat beberapa istana yang menarik untuk dilihat, dengan reka bentuknya yang cantik, kemas dan kebanyakannya dibina dia atas tebing dan tempat yang tinggi sebagai pertahanan yang kukuh dan untuk mengawasi sungai serta laut.



1-ISTANA CULZEAN

Istana Culzean terletak di atas tebing, membuatkan ianya nampak lebih menarik dan paling ramai pengunjung. Terdapat juga taman bunga yang cantik di sekeliling istana ini. Istana ini kini dimiliki oleh National Trust of Scotland, yang sebelumnya dimiliki oleh Clan Kennedy. Istana ini dibina secara berperingkat semasa abad ke-18. Dikhabarkan istana ini didiami oleh tujuh hantu.


2-ISTANA GLAMIS

Terletak di Angus, Scotland dan bangunan di sekitarnya adalah dari abad ke-17. Istana ini dianggap yang tercantik di Scotland dengan reka bentuknya yang menarik. Ibu Ratu Elizabeth Ⅱ, iaitu Ratu Elizabeth pernah mendiami istana ini. Terdapat beberapa menara di depan istana ini dengan ketinggian 4 meter dan lebarnya 7 meter.


3-ISTANA STIRLING

Terletak di Stirling, merupakan istana terbesar dan terpenting di Scotland. Istana ini dikelilingi tiga tebing curam dan telah digunakan untuk menjaga Sungai Forth pada lewat tahun 1900. Binaan istana ini bertarikh seawal abad ke-14 tetapi majoriti istana ini terdiri daripada binaan pada abad ke-15 dan ke-16.


4-ISTANA DUNROBIN

Istana Dunrobin adalah rumah mewah yang terletak di Sutherland, Scotland. Merupakan istana yang terbesar dengan memiliki 189 bilik. Dunrobin bermula pada zaman pertengahan dan kebanyakan binaan dan taman bunga ditambah pada tahun 1835 dan 1850. Terdapat menara yang mengandungi pintu masuk dengan ketinggian 41 meter.


5-ISTANA EILEAN DONAN

Eilean Donan merupakan sebuah pulau kecil di kawasan tanah tinggi Scotland. Eilean Donan juga membawa maksud kepada pulau DonnĂ¡n. Istana ini dibina pada abad ke-13 dan pada 1719, sebahagian istana ini musnah. Pada abad ke-20, istana ini dibina sepenuhnya dan kelihatan cantik seperti sekarang.


6-ISTANA EDINBURGH

Merupakan istana purba sejak abad ke-2. Istana ini juga terletak di atas bukit yang tinggi dan kawasan-kawasan sekitarnya dapat dilihat dari atas bukit ini. Istana ini merupakan tempat yang paling ramai dikunjungi pelancong. Banyak peristiwa bersejarah berlaku seperti peperangan dan pertabalan kerabat diraja. Istana ini merupakan kubu pertahanan yang kuat di Scotland.



7-ISTANA INVERARAY

Dibina pada abad ke-15, istana Inveraray pernah dibina semula pada tahun 1877 kerana berlakunya kebakaran. Pembinaan semula mengambil masa selama 43 tahun. Seni bina istana ini adalah neo-Gothic iaitu seni bina yang popular sekitar tahun 1740an.  



8-ISTANA DUART

Istana ini dibina pada abad ke-13 di sebuah pulau dan di tebing bukit. Pada akhir abad ke-18, istana ini cuma tinggal sebahagian sahaja dan sebahagian lagi musnah. Istana ini dibina sepenuhnya pada tahun 1911. 













No comments:

Post a Comment

5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...