Thursday, 18 May 2017

Beberapa Kejadian Misteri Yang Tidak Dapat Diselesaikan



Ada sesetengah misteri yang tak dapat dirungkai dalam waktu yang agak lama. Terdapat banyak misteri yang pernah berlaku di dunia ini tak dapat diselesaikan hingga sekarang. Di sini saya ingin kongsikan beberapa kisah yang tidak dapat diselesaikan pernah berlaku di dunia ini.


1. Babushka Lady




Babushka Lady adalah nama gelaran yang diberikan kepada seorang wanita yang merupakan saksi penting dalam pembunuhan Presiden Amerika iaitu John F. Kennedy dan dia mungkin ada mengambil gambar di tempat kejadian. Gelaran Babushka diberikan kepada wanita tersebut kerana scarf kepala yang dipakainya. Cara pemakaian scarf tersebut sama seperti dipakai oleh wanita tua di Russia. Babushka bermaksud wanita tua atau nenek.

Wanita tersebut dilihat sedang memegang kamera dan mengambil gambar-gambar bukti di tempat kejadian. Dia dilihat sedang berdiri dia atas rumput di antara jalan Elm dan jalan utama. Kebanyakan saksi yang lain cuba untuk berlindung sebaik saja bunyi tembakan, tetapi wanita ini nampak tenang dengan kamera dimukanya. 

Selepas penembakan, wanita tersebut terus berjalan ke seberang jalan Elm dan memasuki kelompok orang ramai. Tidak ada satu pon gambar atau video yang dirakamkan oleh wanita itu tersebar di khalayak ramai.

2. Dighton Rock




Dighton Rock adalah batu yang beratnya mencecah hampir 40 ribu kilogram dan terletak di tepi sungai Taunton di Berkley, Massachusetts. Batu ini dipenuhi ukiran petroglyphs, lukisan seperti orang, haiwan dan bentuk. 

Pada tahun 1963, batu tersebut dipindahkan kerana kerja pembinaan empangan. Walaupun sudah beberapa ratus tahun yang berlalu, maksud petroglyphs pada batu tersebut hingga kini tidak dapat diselesaikan.

3. Nazca Lines




Kalau kita lihat Nazca Lines dari Peru ini dengan keadaan kita berada di atas tanah, mesti kita akan rasa benda ini biasa saja. Walau bagaimanapun, Nazca Lines ini pertama kali dilihat dari udara oleh pesawat komersial pada tahun 1920-an dan 30-an.

Ahli-ahli arkeologi bersetuju pendapat bahawa terdapat beratus-ratus bentuk yang lain seperti garisan geometri yang membentuk haiwan, tumbuhan dan makhluk khayalan yang dibuat lebih 2000 tahun yang lalu oleh orang budaya pra-Inca Nazca.

Sebab dilakukan benda tersebut tidak dapat dipastikan. Hal ini menyebabkan ahli-ahli konspirasi mengeluarkan idea tentang pendaratan makhluk asing. 

4. Voynich Manuscript



Buku ini dikatakan agak misteri kerana mengandungi teks purba yang tidak dapat dibaca. Di dalam buku ini juga terdapat imej seperti herba, naga, tanda-tanda zodiak dan lain-lain.

Pada masa sekarang, buku ini ditempatkan di Universiti Yale, Beinecke Rare Book & Manuscript Library. Sesetengah muka surat buku ini hilang, yang tinggal kira-kira 240 muka surat. Teks ditulis dari kiri ke kanan, mengandungi ilustrasi dan gambar rajah. 

Voynich manuscript ini dikaji ramai ahli profesional dan amatur, termasuk pemecah kod British dan Amerika. Tiada siapa pon yang berjaya memecah kod buku tersebut. 

5. Mystery Stone



Pada tahun 1872, batu ini dijumpai di Meredith, New Hampshire, semasa pekerja-pekerja menggali lubang untuk pagar. Asal usul dan usia batu ini tidak diketahui. 

Bentuk batu ini bujur dan warnanya gelap dengan terukir beberapa simbol. Antara simbol yang terdapat di batu ini ialah muka, anak panah, jagung. Batu ini sekarang ditempatkan di Muzium New Hampshire History. 

6. Tank Man



Gelaran tank man diberikan kepada seorang lelaki misteri yang memprotes dengan berdiri di depan kereta kebal. Pada waktu itu, tentera China menindas protes yang berlaku di Tiananmen Square. 

Dalam akhbar mendakwa bahawa nama lelaki itu adalah Wang Weilin dan merupakan seorang pelajar tetapi dinafikan oleh parti Komunis China. Mereka menyatakan lelaki itu tidak ditahan dan tak tahu langsung tentang dia.


5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...