Thursday, 25 May 2017

10 Hacker Terkenal Di Dunia



Dalam bidang komputer, hacker atau penggodam adalah seorang pakar komputer yang mahir dalam pengetahuan teknikal dalam menyelesaikan masalah. 

Manakala "hacker" boleh merujuk kepada mana-mana programmer komputer, istilah itu ada kaitan dalam budaya popular dengan "security hacker", sorang yang menggunakan bug atau ekploitasi untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer. 

1. Astra



Seorang ahli matematik Greek berusia 58 tahun menggodam sistem komputer France's Dassault Group dalam tempoh lima tahun, mencuri data teknologi senjata dan perisian pemodelan 3D yang kemudian dijual kepada lebih kurang 250 orang di Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Afrika Selatan dan Timur Tengah.

 Perkara ini membuatkan Dassault marah dan memburu Astra yang dikesan di apartmen Athens.

2. Albert González


Albert González adalah seorang hacker dan penjenayah komputer yang dituduh mendalangi kecurian kad kredit dan penjualan semula berikutnya lebih 170 juta nombor kad dan ATM dari tahun 2005 sehingga tahun 2007. Ini merupakan penipuan terbesar dalam sejarah. 

González dan rakan sejenayahnya menggunakan suntikan SQL untuk aktifkan "backdoor" pada beberapa sistem korporat untuk melancarkan pengesanan paket (khususnya, ARP Spoofing) serangan yang membenarkan dia mencuri data komputer dari rangkaian korporat dalaman.

3. Owen Walker


Owen Thor Walker atau dikenali sebagai AKILL adalah seorang hacker komputer yang telah dilepaskan walaupun mengaku bersalah atas tuduhan beberapa jenayah siber. Pada tahun 2008, Owen mengaku sebagai ketua sebuah organisasi hacking antarabangsa yang dianggarkan telah menyebabkan kerosakan sebanyak 26 juta dollar.  

Owen telah ditangkap di bawah seksyen 248-252 Akta Jenayah New Zealand selepas siasatan antarabangsa oleh FBI yang mendapati Owen terlibat dalam serangan ke atas rangkaian komputer Universiti Pennsylvania. 

Serangan itu dirancang oleh botnet yang dicipta Owen, menggunakan server yang dieksploitasi dan disewa, kebanyakannya terletak di Malaysia. 

4. Adrian Lamo


Lahir pada 20 Februari 1981, merupakan seorang penganalisis ancaman Amerika dan bekas hacker. Adrian mendapat perhatian media kerana berjaya memecah masuk beberapa rangkaian komputer berprofil tinggi seperti The New York Times, Yahoo ! dan Mircrosoft. 

Hal ini menyebabkan dia ditangkap pada tahun 2003. Pada tahun 2010, Adrian melaporkan tentera AS iaitu Chelsea Manning membocorkan ratusan ribu dokumen sensitif kerajaan AS kepada WikiLeaks.

5. Jonathan James


Dia adalah seorang hacker dari Amerika yang merupakan remaja pertama dipenjarakan kerana jenayah siber di Amerika Syarikat. Jonathan berusia 15 tahun pada masa kesalahan pertama yang dilakukan dan 16 tahun pada tarikh dia dijatuhkan hukuman. 

Jonathan telah berjaya mencuri software NASA dan NASA terpaksa mematikan servernya selama tiga minggu dengan kerugian sebanyak 41 ribu dollar. Jonathan meninggal dunia 18 Mei 2008 kerana kesan cedera dikepalanya oleh tembakannya sendiri.

6. MafiaBoy


Michael Calce atau MafiaBoy merupakan bekas pelajar sekolah tinggi dari West Island, Quebec. 

Dia melancarkan satu siri serangan denial of service pada bulan Februari 2000 terhadap laman web komersial yang besar, termasuk Yahoo !, Fifa.com, Amazon.com, Dell, eBay dan CNN. 

7. Kevin Mitnick


Kevin merupakan hacker yang paling terkenal di dunia. Dia juga seorang penulis buku dan sekuriti siber. 

Pada masa dulu, Kevin sangat dikehendaki oleh FBI kerana menggodam lebih 40 buah syarikat dengan alasan mencabar dirinya. 

Kevin pernah menghabiskan masa selama lima tahun di penjara. Sekarang, dia menjalankan kerja di syarikatnya sendiri iaitu Mitnick Security Consulting.

8. Yunus Attsouly


Yunus Attsouly lebih dikenali dengan nama Irhabi 007. Irhabi bererti pengganas dan 007 bererti nombor pengenalan terkenal bagi agen rahsia kerajaan British (dalam filem) yang bernama James Bond.  Irhabi 007 merupakan seorang yang aktif dalam alam siber. Dia juga boleh dikatakan selalu online, 24 jam. 

Setiap hari Irhabi 007 akan edit video, termasuk video jihad yang boleh dipaparkan di web. Irhabi 007 juga merupakan seorang admin forum youbomit Al Ansar Al Islami yang berprestij kerana terdapat 4500 ahli Mujahideen. Kemunculan nama Irhabi 007 tidak dapat memastikan di mana dia berada. 

9. Gary McKinnon    


Pada bulan Mac 2002, lelaki kelahiran Glasgow, Gary McKinnon telah ditangkap oleh pihak polis di flat di Wood Green, utara London. 

Pada tahun 2002, Gary dituduh kerana melakukan aktiviti hack komputer ketenteraan yang terbesar. Namun demikian, Gary mengatakan yang dia hanya mencari bukti teknologi yang disembunyikan dan pelindungan UFO serta teknologi lain yang berpotensi berguna untuk orang ramai. 

10. Jim Geovedi


Hacker ini merupakan kelahiran Indonesia. Jim Geovedi bukan sahaja mampu hack laman web, bahkan dia boleh hack satelit! Sekarang dia tinggal di London, United Kingdom. 

Jim Geovedi mendirikan syarikat perkhidmatan sistem keselamatan teknologi maklumat bersama rakannya. Dia menangani para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan sistem satelit, perbankan dan sistem telekomunikasi.




5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...