Monday, 22 May 2017

Tips Berguna Dalam Kehidupan Seharian - 1


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.

Atasi sakit gigi dengan kunyah belimbing buluh.



Anda mesti sukar untuk tidur dengan lena sekiranya diserang sakit gigi. Selain itu, emosi juga boleh menjadi tidak terkawal serta kerjaya anda juga boleh terganggu. 

Jika anda tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk berjumpa doktor gigi, kaedah ini boleh dicuba. Ambil sebiji buah belimbing buluh dan bersihkan. Kemudian, kunyah bersama garam. Amalkan sehingga sakit gigi anda hilang.

Cantikkan tumit kaki dengan rendaman air asam jawa.



Sekiranya anda rasa tidak selesa dengan keadaan tumit kaki anda yang merekah, boleh cuba kaedah ini. Ambil asam jawa dan rendamkan di dalam semangkuk air sehingga kembang. 

Selepas itu, lumurkan pes asam jawa tadi di tumit kaki anda. Biarkan selama 1 minit dan kemudian rendamkan kaki di dalam air suam berisi garam bukit selama 10 minit. Amalkan sehingga anda mendapat tumit kaki yang cantik.

Lemon alternatif kepada peluntur



Adakah anda seorang yang alah pada peluntur? Jangan disebabkan hal ini anda tidak mengemas rumah kerana terdapat bahan yang boleh dijadikan bahan peluntur lantai. Sebagai pengganti bahan peluntur, anda boleh menggunakan perahan lemon bersama sedikit garam. 

Campurkan setengah cawan jus lemon dan setengah cawan air bersama dengan ¼ cawan garam. Selepas selesai, jiruskan campuran ini pada lantai atau dinding. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, bilaskan dengan air dan ulang langkah yang sama sehingga kotoran tanggal.

Pisau tajam lebih lama



Kalau nak buat kerja dapur mesti la guna pisau yang tajam kan sebab nak mudahkan kerja. Terdapat cara untuk kekalkan ketajaman pisau dengan lebih lama. 

Setiap kali menggunakan pisau, anda sepatutnya mencuci pisau dengan bahan pencuci pinggan mangkuk dan air yang bersih. Selepas itu, lap dengan kain kering yang bersih. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering. Pisau yang dijaga dengan baik, ketajamannya akan tahan lebih lama dan tidak mudah tumpul. 

Ikan bilis tahan lama



Terdapat cara yang boleh dilakukan untuk ikan bilis yang dibeli supaya tahan lebih lama. Salah satu caranya ialah dengan mengelakkan ikan bilis anda dari terkena cahaya matahari. 

Selain itu, anda perlu simpan ikan bilis di dalam peti sejuk dengan suhu 0 darjah celsius dan ke atas di bahagian chiller selepas ikan bilis diletakkan di dalam bekas kedap udara.

Kilatkan kuku dengan bawang putih


Jika anda ingin memiliki kuku yang cantik dan berkilat, ada caranya iaitu dengan menggunakan bawang putih. Langkah-langkahnya cukup mudah, sediakan satu ulas bawang putih dan buangkan kulitnya. 

Kemudian, tumbuk atau hancurkan bawang putih. Selepas itu, sapukan pada kuku anda. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu atau sebanyak mana yang anda rasa akan berpuas hati dengan kesannya.



5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...