Sunday, 1 May 2022

5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda merah dan juga burung merak, ada banyak lagi haiwan yang eksotik dan aneh yang dapat ditemui di dunia. 

Sesetengah haiwan ini telah ditemui sejak kebelakangan ini dan biasanya di laut dalam atau di darat. Ini menunjukkan masih banyak spesis dan haiwan unik di bumi, cuma menunggu saintis dan pengkaji meneroka. Saya ingin kongsikan 5 haiwan pelik yang jarang kita lihat.


1. Ketam Yeti


Ketam Yeti atau juga di panggil udang galah, merupakan haiwan dasar laut yang buta. Pengepit dan kakinya mempunyai bulu kekuningan. Di temui oleh saintis marin dengan menggunakan kapal selam untuk menerokai hydrothermal vents atau pengudaraan hidroterma di selatan Pulau Easter. Haiwan ini didapati sebagai spesis baru, nama keluarga organisma baru (Kiwaidae), keluarga dekat dengan ketam hermit.




2. Sunda Kolugo


Sunda Kolugo ini juga dikenali sebagai lemur terbang Malaya, adalah spesis kolugo. Manakala ia dianggap sebagai satu daripada dua spesis lemur terbang. Haiwan ini boleh ditemui di Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lemur ini bukanlah lemur dan tidak terbang, ia boleh meluncur ketika melompat dari pokok ke pokok. Ia aktif waktu malam dan makan tumbuhan yang lembut seperti daun, pucuk, bunga, dan buah-buahan. 




3. Ketam Labah-Labah Jepun


Ketam ini terdapat di selatan perairan selatan pulau Jepun, Honshu. Ia merupakan haiwan yang mempunyai kaki paling panjang di antara artropod. Ketam ini di cari oleh nelayan-nelayan ketam dan merupakan makanan eksotik atau makanan yang rare la orang kata. Pihak-pihak tertentu cuba untuk menjaga haiwan ini dari berkurangan populasinya daripada golongan yang mencari ketam ini.




4. Blobfish


Blobfish ni merupakan ikan yang orang kata, hodoh. Tapi tengok muka dia, macam kesian pon ada. Blobfish tinggal di dasar laut dalam, di persekitaran selatan Australia dan Tasmania. Rupanya disebabkan tekanan yang tinggi ketika berada di dasar laut. Ikan ini pernah diundi sebagai haiwan paling hodoh di dunia. Kesian dia.




5. Axolotl


Spesis ini boleh ditemui di tasik Xochimilco, sekitar Bandar Mexico. Spesis ini dikelaskan sebagai spesis terancam. Warna haiwan ini adalah putih dan ada juga warna lain. Yang selalu kita pernah lihat viral di media sosial, warna putih. Makanan axolotl ialah kehidupan air yang kecil seperti cacing serangga dan ikan kecil. 




Thursday, 28 April 2022

5 Maksud Di Sebalik Kelakuan Kucing

Kucing merupakan haiwan perliharaan yang paling popular di dunia. Ramai orang bela haiwan ini di rumah sama ada di dalam atau di luar rumah. Bagi pemilik kucing, sudah tentunya mereka banyak menghabiskan masa bermain dengan kucing mereka. Mereka juga pasti dapat memahami tingkah laku kucing mereka. 

Bagi yang tidak berminat dengan kucing ini, sudah semestinya mereka tidak tahu sesetengah kelakuan kucing dan memikirkan, apa yang kucing ini mahu dengan melakukan sedemikian. Di sini, saya ingin kongsikan dengan pembaca, beberapa kelakuan kucing dan juga maksud di sebaliknya.


1. Perbuatan seakan menguli

Perbuatan menguli ini telah dipelajari dan dilakukan sejak kucing masih kecil lagi. Ini disebabkan, waktu kecil, kucing seringkali menyusu ibunya. Mereka melakukan perbuatan ini untuk merangsang pengeluaran susu dan terus melakukannya sehinggalah dewasa. Bila kita nampak kucing berbuat demikian dekat kita, kita rasa macam, "wow, comelnya dia urut aku. Haha". 



2. Suka baring

Bagi pemilik kucing yang bela kucingnya di dalam rumah, mesti mereka selalu nampak kucing mereka baring dekat banyak tempat. Benda sekecil mangkuk pon kucing boleh baring. Kucing juga suka dekat tempat-tempat yang sempit. Ada sebab kenapa kucing suka buat macam tu. Mungkin kucing mahu berada dekat dengan tuan dia. Apabila kucing mendekati tuannya, dan baring secara tiba-tiba, itu semestinya ia mahukan perhatian dan belaian.



3. Cat pur

Bunyi pur ini bermaksud kucing sedang dalam keadaan seronok, tengah rasa mood dia baik. Agak comel la bila dengar kucing buat bunyi pur. Ada juga yang mengatakan bunyi pur bermaksud, kucing mungkin dalam keadaan tak sihat, tengah mengalami kesakitan. Selalunya, kita nampak kucing buat bunyi pur, nampak macam kucing tu tengah rasa gembira.



4. Kelip mata secara perlahan

Mungkin pemilik kucing selalu perasan, yang kucingnya ada kelip mata secara perlahan. Ini menunjukkan yang kucing anda berasa selesa dengan anda. Anda sudah dianggap sebagai peneman yang betul-betul rapat. Anda juga boleh membalas balik dengan melakukan perkara yang sama kepada kucing anda.



5. Baring dengan perut ke atas

Perbuatan ini memang nampak comel bagi kita. Ini bermaksud, kucing ingin anda menggosok perutnya. Tapi, tak semua kucing suka perutnya digosok. Ada yang seronok dan ada yang marah. Jadi, berjaga-jaga lah. Selalunya, kucing yang minta perutnya digosok ni, sudah selesa dan percaya kepada orang tersebut. 



Tuesday, 26 April 2022

5 Jurang Laut Paling Dalam Di Dunia

Planet Bumi kita ini mengandungi 70% air. Lautan kita masih banyak yang belum diterokai, apatah lagi di dasar laut. Dasar laut juga terdapat spesis-spesis yang jarang kita nampak. 

Di planet kita ini wujud beberapa jurang yang dalam di lautan yang diterokai oleh manusia. Jurang lautan merupakan dasar laut yang sempit dan panjang. Kebanyakan lautan boleh mancapai kedalaman beribu-ribu meter. Jurang yang pernah didengari adalah jurang Mariana.

1. Jurang Mariana (Mariana Trench)
    
Terletak di barat lautan Pasifik. Dikenali sebagai jurang paling dalam di dunia dengan kedalaman 10.91 km bawah paras laut. Jika Gunung Everest diletakkan di dalam Jurang Mariana, puncaknya masih berada di bawah air lebih dari 1.6 km. 



 2. Jurang Tonga (Tonga Trench)

Jurang Tonga mempunyai kedalaman 10.882 km bawah paras laut. Ianya terletak di barat daya lautan Pasifik dan merupakan jurang paling dalam di selatan hemisfera.  Merupakan tempat yang penting bagi para pengkaji untuk mengkaji bagaimana terbentuknya dasar laut dan jurang di lautan. 


3. Jurang Filipina (Philippine Trench) 

Jurang Filipina terletak di sebelah timur negara Filipina, merupakan jurang ketiga paling dalam di dunia dengan kedalaman 10.54 km. Dikatakan, saintis berpendapat Jurang Filipina sebagai jurang yang paling dalam di dunia sehingga tahun 1970.


 
4. Jurang Kuril-Kamchatka (Kuril-Kamchatka Trench)

Jurang keempat paling dalam di dunia, Kuril-Kamchatka yang terletak di barat laut Lautan Pasifik. Jurang ini mempunyai kedalaman 10.5 km bawah paras laut. Ia terletak di tenggara pantai Kamchatka, yang kepulauan Kuril dan kawasan gunung berapi Kamchatka. 



5. Jurang Kermadec (Kermadec Trench)

Jurang Kermadec terletak di selatan lautan Pasifik, berdekatan dengan Jurang Tonga dan merupakan jurang kelima paling dalam di dunia. Kedalaman jurang ini adalah 10.047 km bawah paras laut. Terdapat beberapa spesis gergasi amphipod dan beberapa kehidupan lain.

 






 

 

Friday, 2 June 2017

5 Lokasi Paling Seram Di Dunia



Dalam kehidupan seharian, kita sering dimomokkan dengan cerita mistik yang berlaku di persekitaran kita. Ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa seram dan apabila melalui kawasan yang dikatakan yang mempunyai unsur misteri serta insiden tersendiri yang membuatkan sesebuah kawasan tersebut menjadi tempat puaka untuk dilawati. Jom lihat lima tempat yang paling menyeramkan yang ada di seluruh dunia.


Hotel Stanley, Colorado


Salah satu antara hotel yang berhantu di dunia yang menginspirasikan buku best seller oleh Stephen King, iaitu The Shining. Ketika tinggal di hotel berkenaan, Stephen tinggal di bilik 217, namun di bilik 418 yang dilaporkan terjadinya aktiviti hantu paling kerap. 

Hotel itu dihantui oleh Flora Stanley, isteri kepada pemilik hotel tersebut, yang suka bermain piano di tengah malam. Hantunya dikatakan sangat jelas dan menakutkan.



Kubur Bawah Tanah Capuchins, Italy


Terletak di bandar Silican di Palermo, selatan Itali. Kubur bawah tanah ini mempunyai cara pengebumian yang unik yang terkenal kerana mempamerkan mayat-mayat seperti pameran muzium. 

Mereka dipakaikan pakaian dan disusun dalam posisi seolah-olah masih hidup. Tempat ini dibuka untuk orang awam dan mengambil gambar di dalamnya dilarang. 



Akodessewa Fetish Market, Togo



Terletak di ibu negara Togo iaitu Lome, pasar ini adalah pasar sihir terbesar di dunia. 

Dikatakan antara tempat paling menakutkan di Afrika, pasar ini menawarkan apa sahaja daripada kepala harimau kumbang dan tengkorak manusia hinggalah kepada paderi sihir yang menjampi anda dan juga meramal masa depan, serta menghasilkan ubat yang boleh menyembuhkan apa saja penyakit.


Terdapat beberapa anggota badan haiwan, tulang dan herba dijual di pasar ini.



Island of the Dolls, Mexico



Terletak di tasik Teshuilo berdekatan dengan Mexico City, pulau ini dikatakan lokasi paling menyeramkan di Mexico. Dikatakan satu-satunya penduduk di situ, Don Julian Santana telah menjumpai mayat kanak-kanak perempuan dalam sebuah terusan. 

Dihantui oleh roh kanak-kanak perempuan itu, Don Julian mula membawa anak-anak patung untuk diberikan kepada kanak-kanak itu dan terus melakukannya sehingga dia mati lemas di tempat yang sama. Hari ini, beratus-ratus anak patung yang mengerikan dan tidak berkepala memenuhi pulau tersebut.



Suicide Forest, Japan



Suicide Forest ini yang diberikan nama rasmi iaitu Aokigahara, terletak di bawah Gunung Fiji. Dikaitkan dengan syaitan dalam mitos Jepun, hutan ini mempunya pokok yang sangat padat sehinggakan menghalang angin daripada masuk. 

Ini menyebabkan tempat ini menjadi sangat sunyi dan menyeramkan. Walaupun terdapat banyak papan tanda yang meminta mereka untuk memikirkan tindakan mereka, namun tempat ini tetap menjadi tempat popular untuk orang membunuh diri dan lebih kurang 100 kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di sini setiap tahun.




Friday, 26 May 2017

9 Tips Mengekalkan Kulit Sihat Waktu Berpuasa


Dah nak dekat puasa Ramadhan ni mesti pengambilan nutrisi boleh berkurang jika dibandingkan dengan selalunya. Ini kerana kita tidak dapat makan dan minum selama 14 hingga 16 jam sehari. Dengan itu, kita harus melakukan aktiviti di luar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari, debu dan pencemaran keadaan sekitar akan memburukkan kulit kita. Jangan risau, anda boleh ikut 9 tips ini.

1. Banyakkan minum air masak waktu sahur dan berbuka


Air masak mengandungi sejuta khasiat pada tubuh badan kita. Selain dari mencegah dehidrasi, air masak juga berguna untuk menjaga kelembapan dan kesihatan kulit. 

Hanya perlu minum minima 8 gelas sehari, lagi banyak lagi bagus. Dengan meminum air masak, dapat mencegah sel kulit dari mati kerana kekurangan air dalam badan.

2. Pakai body lotion atau body butter selepas mandi


Body lotion sangat penting bagi mengembalikan kelembapan kulit. Setiap pekerjaan yang kita lakukan mesti akan membuatkan kulit kita kering, sama ada indoor atau outdoor. 

Kalau banyak melakukan aktiviti luar, lebih sesuai dipakaikan body butter kerana nutrisinya lebih banyak untuk kelembapan kulit.

3. Guna sunblock dan vitamin E untuk lindungi muka dari cahaya matahari 


Gunakan vitamin wajah seperti vitamin E ataupun serum wajah yang mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk menjaga keadaan kulit, tambahan waktu puasa ni. 

Selain itu, gunakan sunblock untuk menjaga kulit muka dari UV sinaran matahari yang boleh membakar kulit. Anda juga boleh gunakan masker untuk wajah lebih berseri.

4. Jaga kelembapan bibir dengan lip balm


Waktu kita berpuasa ni mesti bibir selalu kering kerana kekurangan air dalam badan. Dengan itu, pakailah lip balm yang tidak berperisa dan berbau. 

5. Jaga kecergasan tubuh badan


Pada waktu petang adalah sangat sesuai untuk beriadah sebelum berbuka. Ini kerana peluh yang keluar akan cepat terganti pada waktu berbuka. 

Pilih aktiviti seperti jogging, senamrobik dan yoga. Jangan terlebih bersemangat, takut nanti memang tak larat apa semua.

6. Pilih makanan bernutrisi waktu berbuka


Waktu berbuka, pilihlah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi. Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat bagus pada badan kita. 

7. Bersihkan badan


Setelah seharian beriadah, bersihkan badan dari kotoran. Gunakan air yang tidak terlalu panas. 

Untuk memastikan kulit sihat dan cerah sentiasa, gunalah body scrub seminggu sekali.

8. Rawat kulit sebelum tidur


Pastikan sebelum tidur, anda mencuci muka, gunakan body lotion atau body butter, serum wajah atau night cream. Kerana tidur merupakan waktu yang tepat untuk kulit kita yang dalam proses pemulihan.

9. Rehat yang cukup


Rehat yang cukup sangat penting. Ia dapat memulihkan kulit kita. Jika kita mempunyai rehat yang cukup, nak solat tarawikh pon senang tanpa rasa mengantuk. Nak bangun sahur pun senang. 


Oleh itu, selamat berpuasa. 😊




Thursday, 25 May 2017

10 Hacker Terkenal Di Dunia



Dalam bidang komputer, hacker atau penggodam adalah seorang pakar komputer yang mahir dalam pengetahuan teknikal dalam menyelesaikan masalah. 

Manakala "hacker" boleh merujuk kepada mana-mana programmer komputer, istilah itu ada kaitan dalam budaya popular dengan "security hacker", sorang yang menggunakan bug atau ekploitasi untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer. 

1. Astra



Seorang ahli matematik Greek berusia 58 tahun menggodam sistem komputer France's Dassault Group dalam tempoh lima tahun, mencuri data teknologi senjata dan perisian pemodelan 3D yang kemudian dijual kepada lebih kurang 250 orang di Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Afrika Selatan dan Timur Tengah.

 Perkara ini membuatkan Dassault marah dan memburu Astra yang dikesan di apartmen Athens.

2. Albert González


Albert González adalah seorang hacker dan penjenayah komputer yang dituduh mendalangi kecurian kad kredit dan penjualan semula berikutnya lebih 170 juta nombor kad dan ATM dari tahun 2005 sehingga tahun 2007. Ini merupakan penipuan terbesar dalam sejarah. 

González dan rakan sejenayahnya menggunakan suntikan SQL untuk aktifkan "backdoor" pada beberapa sistem korporat untuk melancarkan pengesanan paket (khususnya, ARP Spoofing) serangan yang membenarkan dia mencuri data komputer dari rangkaian korporat dalaman.

3. Owen Walker


Owen Thor Walker atau dikenali sebagai AKILL adalah seorang hacker komputer yang telah dilepaskan walaupun mengaku bersalah atas tuduhan beberapa jenayah siber. Pada tahun 2008, Owen mengaku sebagai ketua sebuah organisasi hacking antarabangsa yang dianggarkan telah menyebabkan kerosakan sebanyak 26 juta dollar.  

Owen telah ditangkap di bawah seksyen 248-252 Akta Jenayah New Zealand selepas siasatan antarabangsa oleh FBI yang mendapati Owen terlibat dalam serangan ke atas rangkaian komputer Universiti Pennsylvania. 

Serangan itu dirancang oleh botnet yang dicipta Owen, menggunakan server yang dieksploitasi dan disewa, kebanyakannya terletak di Malaysia. 

4. Adrian Lamo


Lahir pada 20 Februari 1981, merupakan seorang penganalisis ancaman Amerika dan bekas hacker. Adrian mendapat perhatian media kerana berjaya memecah masuk beberapa rangkaian komputer berprofil tinggi seperti The New York Times, Yahoo ! dan Mircrosoft. 

Hal ini menyebabkan dia ditangkap pada tahun 2003. Pada tahun 2010, Adrian melaporkan tentera AS iaitu Chelsea Manning membocorkan ratusan ribu dokumen sensitif kerajaan AS kepada WikiLeaks.

5. Jonathan James


Dia adalah seorang hacker dari Amerika yang merupakan remaja pertama dipenjarakan kerana jenayah siber di Amerika Syarikat. Jonathan berusia 15 tahun pada masa kesalahan pertama yang dilakukan dan 16 tahun pada tarikh dia dijatuhkan hukuman. 

Jonathan telah berjaya mencuri software NASA dan NASA terpaksa mematikan servernya selama tiga minggu dengan kerugian sebanyak 41 ribu dollar. Jonathan meninggal dunia 18 Mei 2008 kerana kesan cedera dikepalanya oleh tembakannya sendiri.

6. MafiaBoy


Michael Calce atau MafiaBoy merupakan bekas pelajar sekolah tinggi dari West Island, Quebec. 

Dia melancarkan satu siri serangan denial of service pada bulan Februari 2000 terhadap laman web komersial yang besar, termasuk Yahoo !, Fifa.com, Amazon.com, Dell, eBay dan CNN. 

7. Kevin Mitnick


Kevin merupakan hacker yang paling terkenal di dunia. Dia juga seorang penulis buku dan sekuriti siber. 

Pada masa dulu, Kevin sangat dikehendaki oleh FBI kerana menggodam lebih 40 buah syarikat dengan alasan mencabar dirinya. 

Kevin pernah menghabiskan masa selama lima tahun di penjara. Sekarang, dia menjalankan kerja di syarikatnya sendiri iaitu Mitnick Security Consulting.

8. Yunus Attsouly


Yunus Attsouly lebih dikenali dengan nama Irhabi 007. Irhabi bererti pengganas dan 007 bererti nombor pengenalan terkenal bagi agen rahsia kerajaan British (dalam filem) yang bernama James Bond.  Irhabi 007 merupakan seorang yang aktif dalam alam siber. Dia juga boleh dikatakan selalu online, 24 jam. 

Setiap hari Irhabi 007 akan edit video, termasuk video jihad yang boleh dipaparkan di web. Irhabi 007 juga merupakan seorang admin forum youbomit Al Ansar Al Islami yang berprestij kerana terdapat 4500 ahli Mujahideen. Kemunculan nama Irhabi 007 tidak dapat memastikan di mana dia berada. 

9. Gary McKinnon    


Pada bulan Mac 2002, lelaki kelahiran Glasgow, Gary McKinnon telah ditangkap oleh pihak polis di flat di Wood Green, utara London. 

Pada tahun 2002, Gary dituduh kerana melakukan aktiviti hack komputer ketenteraan yang terbesar. Namun demikian, Gary mengatakan yang dia hanya mencari bukti teknologi yang disembunyikan dan pelindungan UFO serta teknologi lain yang berpotensi berguna untuk orang ramai. 

10. Jim Geovedi


Hacker ini merupakan kelahiran Indonesia. Jim Geovedi bukan sahaja mampu hack laman web, bahkan dia boleh hack satelit! Sekarang dia tinggal di London, United Kingdom. 

Jim Geovedi mendirikan syarikat perkhidmatan sistem keselamatan teknologi maklumat bersama rakannya. Dia menangani para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan sistem satelit, perbankan dan sistem telekomunikasi.




Monday, 22 May 2017

Tips Berguna Dalam Kehidupan Seharian - 1


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.

Atasi sakit gigi dengan kunyah belimbing buluh.



Anda mesti sukar untuk tidur dengan lena sekiranya diserang sakit gigi. Selain itu, emosi juga boleh menjadi tidak terkawal serta kerjaya anda juga boleh terganggu. 

Jika anda tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk berjumpa doktor gigi, kaedah ini boleh dicuba. Ambil sebiji buah belimbing buluh dan bersihkan. Kemudian, kunyah bersama garam. Amalkan sehingga sakit gigi anda hilang.

Cantikkan tumit kaki dengan rendaman air asam jawa.



Sekiranya anda rasa tidak selesa dengan keadaan tumit kaki anda yang merekah, boleh cuba kaedah ini. Ambil asam jawa dan rendamkan di dalam semangkuk air sehingga kembang. 

Selepas itu, lumurkan pes asam jawa tadi di tumit kaki anda. Biarkan selama 1 minit dan kemudian rendamkan kaki di dalam air suam berisi garam bukit selama 10 minit. Amalkan sehingga anda mendapat tumit kaki yang cantik.

Lemon alternatif kepada peluntur



Adakah anda seorang yang alah pada peluntur? Jangan disebabkan hal ini anda tidak mengemas rumah kerana terdapat bahan yang boleh dijadikan bahan peluntur lantai. Sebagai pengganti bahan peluntur, anda boleh menggunakan perahan lemon bersama sedikit garam. 

Campurkan setengah cawan jus lemon dan setengah cawan air bersama dengan ¼ cawan garam. Selepas selesai, jiruskan campuran ini pada lantai atau dinding. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, bilaskan dengan air dan ulang langkah yang sama sehingga kotoran tanggal.

Pisau tajam lebih lama



Kalau nak buat kerja dapur mesti la guna pisau yang tajam kan sebab nak mudahkan kerja. Terdapat cara untuk kekalkan ketajaman pisau dengan lebih lama. 

Setiap kali menggunakan pisau, anda sepatutnya mencuci pisau dengan bahan pencuci pinggan mangkuk dan air yang bersih. Selepas itu, lap dengan kain kering yang bersih. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering. Pisau yang dijaga dengan baik, ketajamannya akan tahan lebih lama dan tidak mudah tumpul. 

Ikan bilis tahan lama



Terdapat cara yang boleh dilakukan untuk ikan bilis yang dibeli supaya tahan lebih lama. Salah satu caranya ialah dengan mengelakkan ikan bilis anda dari terkena cahaya matahari. 

Selain itu, anda perlu simpan ikan bilis di dalam peti sejuk dengan suhu 0 darjah celsius dan ke atas di bahagian chiller selepas ikan bilis diletakkan di dalam bekas kedap udara.

Kilatkan kuku dengan bawang putih


Jika anda ingin memiliki kuku yang cantik dan berkilat, ada caranya iaitu dengan menggunakan bawang putih. Langkah-langkahnya cukup mudah, sediakan satu ulas bawang putih dan buangkan kulitnya. 

Kemudian, tumbuk atau hancurkan bawang putih. Selepas itu, sapukan pada kuku anda. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu atau sebanyak mana yang anda rasa akan berpuas hati dengan kesannya.



5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...