Terletak di barat lautan Pasifik. Dikenali sebagai jurang paling dalam di dunia dengan kedalaman 10.91 km bawah paras laut. Jika Gunung Everest diletakkan di dalam Jurang Mariana, puncaknya masih berada di bawah air lebih dari 1.6 km.
2. Jurang Tonga (Tonga Trench)
Jurang Tonga mempunyai kedalaman 10.882 km bawah paras laut. Ianya terletak di barat daya lautan Pasifik dan merupakan jurang paling dalam di selatan hemisfera. Merupakan tempat yang penting bagi para pengkaji untuk mengkaji bagaimana terbentuknya dasar laut dan jurang di lautan.
3. Jurang Filipina (Philippine Trench)
Jurang Filipina terletak di sebelah timur negara Filipina, merupakan jurang ketiga paling dalam di dunia dengan kedalaman 10.54 km. Dikatakan, saintis berpendapat Jurang Filipina sebagai jurang yang paling dalam di dunia sehingga tahun 1970.
Jurang keempat paling dalam di dunia, Kuril-Kamchatka yang terletak di barat laut Lautan Pasifik. Jurang ini mempunyai kedalaman 10.5 km bawah paras laut. Ia terletak di tenggara pantai Kamchatka, yang kepulauan Kuril dan kawasan gunung berapi Kamchatka.
Jurang Kermadec terletak di selatan lautan Pasifik, berdekatan dengan Jurang Tonga dan merupakan jurang kelima paling dalam di dunia. Kedalaman jurang ini adalah 10.047 km bawah paras laut. Terdapat beberapa spesis gergasi amphipod dan beberapa kehidupan lain.
No comments:
Post a Comment