Thursday, 28 April 2022

5 Maksud Di Sebalik Kelakuan Kucing

Kucing merupakan haiwan perliharaan yang paling popular di dunia. Ramai orang bela haiwan ini di rumah sama ada di dalam atau di luar rumah. Bagi pemilik kucing, sudah tentunya mereka banyak menghabiskan masa bermain dengan kucing mereka. Mereka juga pasti dapat memahami tingkah laku kucing mereka. 

Bagi yang tidak berminat dengan kucing ini, sudah semestinya mereka tidak tahu sesetengah kelakuan kucing dan memikirkan, apa yang kucing ini mahu dengan melakukan sedemikian. Di sini, saya ingin kongsikan dengan pembaca, beberapa kelakuan kucing dan juga maksud di sebaliknya.


1. Perbuatan seakan menguli

Perbuatan menguli ini telah dipelajari dan dilakukan sejak kucing masih kecil lagi. Ini disebabkan, waktu kecil, kucing seringkali menyusu ibunya. Mereka melakukan perbuatan ini untuk merangsang pengeluaran susu dan terus melakukannya sehinggalah dewasa. Bila kita nampak kucing berbuat demikian dekat kita, kita rasa macam, "wow, comelnya dia urut aku. Haha". 



2. Suka baring

Bagi pemilik kucing yang bela kucingnya di dalam rumah, mesti mereka selalu nampak kucing mereka baring dekat banyak tempat. Benda sekecil mangkuk pon kucing boleh baring. Kucing juga suka dekat tempat-tempat yang sempit. Ada sebab kenapa kucing suka buat macam tu. Mungkin kucing mahu berada dekat dengan tuan dia. Apabila kucing mendekati tuannya, dan baring secara tiba-tiba, itu semestinya ia mahukan perhatian dan belaian.



3. Cat pur

Bunyi pur ini bermaksud kucing sedang dalam keadaan seronok, tengah rasa mood dia baik. Agak comel la bila dengar kucing buat bunyi pur. Ada juga yang mengatakan bunyi pur bermaksud, kucing mungkin dalam keadaan tak sihat, tengah mengalami kesakitan. Selalunya, kita nampak kucing buat bunyi pur, nampak macam kucing tu tengah rasa gembira.



4. Kelip mata secara perlahan

Mungkin pemilik kucing selalu perasan, yang kucingnya ada kelip mata secara perlahan. Ini menunjukkan yang kucing anda berasa selesa dengan anda. Anda sudah dianggap sebagai peneman yang betul-betul rapat. Anda juga boleh membalas balik dengan melakukan perkara yang sama kepada kucing anda.



5. Baring dengan perut ke atas

Perbuatan ini memang nampak comel bagi kita. Ini bermaksud, kucing ingin anda menggosok perutnya. Tapi, tak semua kucing suka perutnya digosok. Ada yang seronok dan ada yang marah. Jadi, berjaga-jaga lah. Selalunya, kucing yang minta perutnya digosok ni, sudah selesa dan percaya kepada orang tersebut. 



No comments:

Post a Comment

5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...