Thursday, 28 April 2022

5 Maksud Di Sebalik Kelakuan Kucing

Kucing merupakan haiwan perliharaan yang paling popular di dunia. Ramai orang bela haiwan ini di rumah sama ada di dalam atau di luar rumah. Bagi pemilik kucing, sudah tentunya mereka banyak menghabiskan masa bermain dengan kucing mereka. Mereka juga pasti dapat memahami tingkah laku kucing mereka. 

Bagi yang tidak berminat dengan kucing ini, sudah semestinya mereka tidak tahu sesetengah kelakuan kucing dan memikirkan, apa yang kucing ini mahu dengan melakukan sedemikian. Di sini, saya ingin kongsikan dengan pembaca, beberapa kelakuan kucing dan juga maksud di sebaliknya.


1. Perbuatan seakan menguli

Perbuatan menguli ini telah dipelajari dan dilakukan sejak kucing masih kecil lagi. Ini disebabkan, waktu kecil, kucing seringkali menyusu ibunya. Mereka melakukan perbuatan ini untuk merangsang pengeluaran susu dan terus melakukannya sehinggalah dewasa. Bila kita nampak kucing berbuat demikian dekat kita, kita rasa macam, "wow, comelnya dia urut aku. Haha". 



2. Suka baring

Bagi pemilik kucing yang bela kucingnya di dalam rumah, mesti mereka selalu nampak kucing mereka baring dekat banyak tempat. Benda sekecil mangkuk pon kucing boleh baring. Kucing juga suka dekat tempat-tempat yang sempit. Ada sebab kenapa kucing suka buat macam tu. Mungkin kucing mahu berada dekat dengan tuan dia. Apabila kucing mendekati tuannya, dan baring secara tiba-tiba, itu semestinya ia mahukan perhatian dan belaian.



3. Cat pur

Bunyi pur ini bermaksud kucing sedang dalam keadaan seronok, tengah rasa mood dia baik. Agak comel la bila dengar kucing buat bunyi pur. Ada juga yang mengatakan bunyi pur bermaksud, kucing mungkin dalam keadaan tak sihat, tengah mengalami kesakitan. Selalunya, kita nampak kucing buat bunyi pur, nampak macam kucing tu tengah rasa gembira.



4. Kelip mata secara perlahan

Mungkin pemilik kucing selalu perasan, yang kucingnya ada kelip mata secara perlahan. Ini menunjukkan yang kucing anda berasa selesa dengan anda. Anda sudah dianggap sebagai peneman yang betul-betul rapat. Anda juga boleh membalas balik dengan melakukan perkara yang sama kepada kucing anda.



5. Baring dengan perut ke atas

Perbuatan ini memang nampak comel bagi kita. Ini bermaksud, kucing ingin anda menggosok perutnya. Tapi, tak semua kucing suka perutnya digosok. Ada yang seronok dan ada yang marah. Jadi, berjaga-jaga lah. Selalunya, kucing yang minta perutnya digosok ni, sudah selesa dan percaya kepada orang tersebut. 



Tuesday, 26 April 2022

5 Jurang Laut Paling Dalam Di Dunia

Planet Bumi kita ini mengandungi 70% air. Lautan kita masih banyak yang belum diterokai, apatah lagi di dasar laut. Dasar laut juga terdapat spesis-spesis yang jarang kita nampak. 

Di planet kita ini wujud beberapa jurang yang dalam di lautan yang diterokai oleh manusia. Jurang lautan merupakan dasar laut yang sempit dan panjang. Kebanyakan lautan boleh mancapai kedalaman beribu-ribu meter. Jurang yang pernah didengari adalah jurang Mariana.

1. Jurang Mariana (Mariana Trench)
    
Terletak di barat lautan Pasifik. Dikenali sebagai jurang paling dalam di dunia dengan kedalaman 10.91 km bawah paras laut. Jika Gunung Everest diletakkan di dalam Jurang Mariana, puncaknya masih berada di bawah air lebih dari 1.6 km. 



 2. Jurang Tonga (Tonga Trench)

Jurang Tonga mempunyai kedalaman 10.882 km bawah paras laut. Ianya terletak di barat daya lautan Pasifik dan merupakan jurang paling dalam di selatan hemisfera.  Merupakan tempat yang penting bagi para pengkaji untuk mengkaji bagaimana terbentuknya dasar laut dan jurang di lautan. 


3. Jurang Filipina (Philippine Trench) 

Jurang Filipina terletak di sebelah timur negara Filipina, merupakan jurang ketiga paling dalam di dunia dengan kedalaman 10.54 km. Dikatakan, saintis berpendapat Jurang Filipina sebagai jurang yang paling dalam di dunia sehingga tahun 1970.


 
4. Jurang Kuril-Kamchatka (Kuril-Kamchatka Trench)

Jurang keempat paling dalam di dunia, Kuril-Kamchatka yang terletak di barat laut Lautan Pasifik. Jurang ini mempunyai kedalaman 10.5 km bawah paras laut. Ia terletak di tenggara pantai Kamchatka, yang kepulauan Kuril dan kawasan gunung berapi Kamchatka. 



5. Jurang Kermadec (Kermadec Trench)

Jurang Kermadec terletak di selatan lautan Pasifik, berdekatan dengan Jurang Tonga dan merupakan jurang kelima paling dalam di dunia. Kedalaman jurang ini adalah 10.047 km bawah paras laut. Terdapat beberapa spesis gergasi amphipod dan beberapa kehidupan lain.

 






 

 

5 Haiwan Yang Jarang Kita Lihat

Banyak haiwan di dunia ini yang jarang kita lihat selain di zoo. Kebanyakan kita mengenali haiwan seperti harimau belang, memerang, panda me...